PENDIDIKAN MORAL
NAMA KOLEJ
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU CAWANGAN SETIU
NAMA PROGRAM
SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK( SESI 1 25/26)
NAMA MODUL
MPU13022 : PENDIDIKAN MORAL
NAMA PENSYARAH : PUAN ZALEHA BINTI SULONG
DISEDIAKAN OLEH : AVINAK A/L ATIANG
TAJUK 1: Prinsip moral dan tingkah laku dalam masyarakat adalah penting bagi melahirkan masyarakat yang harmoni.Huraikan pengenalan konsep moral dan nilai serta perbezaan keduanya.
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. DEFINISI
3. CONTOH KOMSEP
4. NILAI
5. KESAN
6. CARA MENGATASI
7. KESIMPULAN
8. RUJUKAN
1.PENGENALAN
Konsep moral merujuk kepada prinsip dan pegangan tentang apa yang dianggap baik atau buruk,betul dan salah dalam kehidupan manusia.Selain itu,moral juga membantu membentuk jati diri, membina hubungan yang harmoni antara individu dengan masyarakat, serta mengelakkan berlakunya salah laku.
2.DEFINISI
Prinsip Moral
.Memperlakukan semua orang secara adil dan setara,tanpa membedakan.
.Tanggung jawab menerima akibat dari tindakan yang dilakukan,baik atau buruk.
.Kejujuran berkata dan bertindak dengan benar,tanpa menipu atau menyembunyikan kebenaran.
3.CONTOH
. Menghormati ibu bapa, guru, dan orang yang lebih tua.
. Membantu jiran tetangga tanpa mengira kaum atau agama.
. Bersikap jujur dalam perniagaan atau pekerjaan.
. Menjaga kebersihan persekitaran untuk kebaikan bersama.
. Menolong rakan atau ahli masyarakat yang kesusahan.
4.NILAI
. Hormat-menghormati – menghargai hak dan maruah orang lain.
. Tolong-menolong – memupuk semangat kerjasama dalam masyarakat.
. Bertanggungjawab – melaksanakan tugas dan kewajipan dengan baik.
. Kesederhanaan – mengawal tingkah laku agar tidak melampau.
. Kejujuran – mengamalkan sikap benar dalam tutur kata dan perbuatan.
5.KESAN
1.Melahirkan masyarakat yang aman, sejahtera dan harmoni.
Contoh-Penduduk kampung mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan rumah dan kawasan kampung.
2.Mengurangkan konflik, perselisihan dan jenayah.
Contoh-Pergaduhan kecil antara jiran akibat masalah bunyi bising atau sempadan tanah.
-Perselisihan antara rakan sekelas kerana salah faham dalam tugasan kumpulan, tetapi dapat diselesaikan melalui perbincangan.
3.Membentuk individu yang berakhlak mulia dan berdisiplin.
Contoh-Murid datang awal ke sekolah, patuh pada peraturan, dan menghormati guru.
-Pekerja yang jujur, menepati masa, serta melaksanakan tanggungjawab tanpa menipu atau ponteng kerja.
4.Mengukuhkan perpaduan antara kaum serta meningkatkan semangat toleransi.
Contoh-Masyarakat pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, dan etnik Sabah/Sarawak meraikan perayaan bersama (contoh: Rumah Terbuka Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali.
-Pasukan sukan sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum bekerjasama untuk mencapai kemenangan.
5.Mewujudkan suasana saling menghormati dan bekerjasama dalam kehidupan bermasyarakat.
6.CARA MENGATASI
.Memberi pendidikan moral dan agama sejak kecil di rumah dan sekolah.
.Menjadi contoh teladan melalui kepimpinan yang berintegriti.
.Menguatkuasakan undang-undang bagi mengawal salah laku.
.Menggalakkan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dan program sukarelawan.
.Menyebarkan kempen kesedaran melalui media massa mengenai kepentingan nilai moral.
7.PERBEZAAN KEDUANYA
1.Konsep moral
-Merujuk kepada prinsip, pegangan atau ukuran yang menentukan sama ada sesuatu tingkah laku itu baik atau buruk, betul atau salah.
-Menjadi panduan utama dalam kehidupan manusia untuk membuat keputusan serta bertindak dengan bertanggungjawab.
Contoh: Tidak mencuri kerana perbuatan itu salah dan menyalahi prinsip moral.
2.Nilai
-Merujuk kepada ciri-ciri murni, kebaikan atau keutamaan yang ada pada seseorang individu dan dijadikan amalan hidup.
-Nilai lahir daripada moral dan lebih khusus dalam bentuk sifat atau sikap yang perlu diamalkan.
Contoh: Kejujuran, hormat-menghormati, kasih sayang, tolong-menolong.
8.KESIMPULAN
Prinsip moral dan tingkah laku yang baik amat penting bagi memastikan masyarakat hidup dalam keadaan aman, sejahtera dan harmoni. Setiap individu perlu mengamalkan nilai-nilai murni seperti hormat, tanggungjawab dan kejujuran dalam kehidupan seharian. Dengan itu, kita dapat melahirkan sebuah masyarakat yang berakhlak mulia, bersatu padu dan berjaya maju.
9.RUJUKAN
1. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4.
2. Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: https://www.moe.gov.my
3. Abdullah, A. (2020). Nilai Murni dalam Kehidupan Seharian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Comments
Post a Comment